Memulakan operasi sejak 2 Januari 2013. Sebuah syarikat milikan penuh MARA Corporation di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Ditubuhkan hasil daripada proses rasionalisasi pengurusan pembiayaan perniagaan dan kawalan kredit MARA bagi menyediakan perkhidamatan pengurusan kredit pinjaman kemudahan MARA.
Proses ini membabitkan pemindahan semua portfolio pembiayaan kepada RCB secara berperingkat yang membolehkan MARA memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda pembangunan keusahawanan.
Langkah penstrukturan ini yang diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) adalah bertujuan untuk meningkatkan jumlah pembiayaan kepada golongan sasar dan memperbaiki prestasi kutipan bayaran balik semua jenis pinjaman kemudahan MARA supaya pemberian dana MARA dapat disalurkan kepada lebih ramai usahawan dan pelajar.
VISI
Untuk Menjadi Penyedia Terkemuka Perkhidmatan Kewangan Menyeluruh Kepada Komuniti Bumiputera Ke Arah Pembangunan Negara.
MISI
Meningkatkan Status Sosial Ekonomi Komuniti Bumiputera Melalui Pengurusan Dan Penyediaan Penyelesaian Kewangan Yang Komprehensif.
OBJEKTIF
Untuk Menyediakan Penyelesaian Perkhidmatan Kewangan Sehenti Untuk Komuniti Bumiputera.
Untuk Meningkatkan Penyesuaian Digital Merentas Ekosistem RCB.
Untuk Memupuk Dan Menggalakkan Pembangunan Usahawan Pemula Dalam Kalangan Komuniti Bumiputera Luar Bandar.