Polisi Privasi
Kami menghormati privasi anda dan komited dalam usaha melindunginya. Privasi dan kepercayaan pengguna adalah penting bagi kami. Dasar Privasi ini merangkumi polisi dan praktis pengumpulan data, penggunaan dan perlindungan maklumat peribadi anda.
Definisi
Bagi tujuan Dasar Privasi ini: “Rakan Perniagaan” membawa maksud rakan kongsi, peniaga, ejen, penyedia perkhidmatan, vendor, dan/atau pembekal yang membantu kami dalam memenuhi produk dan perkhidmatan kepada anda, dengan memproses dan/atau memenuhi transaksi yang telah anda mohon, membekalkan perkhidmatan nilai tambah yang telah anda mohon, dan/atau menyampaikan maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami kepada anda, secara individu atau kolektif.
“Maklumat peribadi” membawa maksud sejajar mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010, termasuk sebarang pindaan dari semasa ke semasa.
“Laman” merujuk kepada www.rcbcare.my
“RCBcare” atau “kami” adalah merujuk kepada RCBcare.my produk di bawah Rural Capital Berhad [(No Syarikat. 198401015843).
Maklumat Mengenai Laman Ini:
Laman ini bertujuan membekalkan maklumat, butiran dan bahan kepada pelanggan kami, berkenaan produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan berkaitan produk takaful am dan takaful keluarga.
Maklumat Peribadi Yang Dikumpul dan Cara Pengumpulan:
Apabila anda melayari laman kami, termasuk yang tidak terhad kepada tujuan pembelian dan/atau penggunaan produk atau perkhidmatan kami, interaksi dan komunikasi dengan kami, anda mungkin dikehendaki memberikan maklumat peribadi tertentu, termasuk kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, nombor pendaftaran kereta, alamat emel, butiran akaun bank dan lain-lain maklumat yang ditentukan penting. Kami juga dari semasa ke semasa, memperolehi maklumat peribadi anda daripada sumber-sumber berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada: melalui perhubungan sedia ada anda dengan kami, seperti contoh maklumat yang telah anda berikan dalam mana-mana perjanjian yang ditandatangani dan laksanakan dengan kami, borang permohonan dan/atau pendaftaran apabila menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami, ketika mengambil bahagian dalam tinjauan pelanggan, pertandingan, dan/atau promosi; melalui Rakan Perniagaan Kami; daripada sumber-sumber lain di mana maklumat peribadi anda didedahkan secara sukarela.
Penggunaan Data Peribadi Yang Dikumpul:
Kami mungkin mengumpul, memproses, menyimpan, dan/atau mendedahkan maklumat peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut (“Tujuan”): berkomunikasi dengan anda dan memberi respon kepada pertanyaan anda mengenai produk dan/atau perkhidmatan kami; menilai dan/atau memproses permohonan/permintaan berkaitan produk dan perkhidmatan kami;
(a) memudahkan dan membolehkan pemeriksaan kredit yang mungkin kami laksanakan terhadap anda dari semasa ke semasa;
(b) membekalkan maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan kami termasuk produk dan perkhidmatan daripada syarikat di bawah Rural Capital Berhad, termasuk bahan promosi dan/atau pemasaran langsung.
(c) membantu (i) penguatkuasaan undang-undang, (ii) penyiasatan oleh pihak berkuasa berkaitan, dan/atau (iii) mematuhi proses undang-undang yang mungkin dijalankan terhadap kami;
(d) memudahkan pematuhan undang-undang yang mungkin dikenakan terhadap anda dan/atau kami;
(e) mengoptimalkan dan mengubahsuai pengalaman pengguna dalam melayari laman melalui penggunaan kuki;
(f) menjalankan aktiviti dalaman kami, tinjauan pasaran dalaman dan analisa trend; dan/atau
(g) bagi tujuan-tujuan lain yang mungkin berkaitan perkara di atas.
Sekiranya anda tidak memberikan maklumat peribadi anda, kami mungkin tidak dapat melaksanakan Tujuan yang disebutkan di atas.
Kuki
Kuki merupakan sebahagian kecil teks yang mengumpul maklumat berkaitan pengguna dan laman yang mereka lawati, seperti alamat Protokol Internet (IP), bagaimana mereka sampai ke laman tersebut (contohnya melalui enjin carian atau pautan dari laman lain) dan cara anda melayari laman tersebut.
Kuki digunakan untuk beberapa tujuan, termasuk mengingati keutamaan pelanggan tentang maklumat dan produk tertentu, menjalankan analitik berkaitan pengalaman pengguna melayari laman dan menyediakan pengalaman pengguna yang tersuai dengan laman tersebut.
Anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kuki. Kebanyakan pelayar web menerima kuki secara automatik, namun anda boleh mengubahsuai tetapan pelayar web anda untuk menolak kuki jika perlu. Bagaimanapun, pilihan ini mungkin menghadkan anda untuk merasai penggunaan penuh laman ini.
Pendedahan Maklumat Peribadi Anda Kepada Pihak Ketiga
Maklumat peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada: bank, syarikat semakan kredit, biro kredit atau agensi pelaporan kredit dan agensi pencegahan penipuan; jabatan kerajaan dan/atau agensi, badan kawal selia dan/atau berkanun;
Kumpulan Syarikat kami;
Rakan Perniagaan kami;
Penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penasihat profesional dan juruaudit; dan/atau mana-mana pihak ketiga yang dipohon dan dibenarkan anda; bagi Tujuan yang disebut.
Pemindahan Maklumat Peribadi Anda Di Luar Malaysia
Sekiranya ada mana-mana bahagian yang kami fikirkan wajar dan perlu bagi tujuan penyimpanan dan pemprosesan maklumat, maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan ke satu tempat di luar Malaysia. Selaras dengan itu, anda memberi keizinan untuk pemindahan maklumat peribadi anda di luar Malaysia seperti di atas. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pemindahan tersebut, sila hubungi Unit Sokongan Pelanggan kami.
Keselamatan Maklumat Peribadi Anda
Kami mengambil pengawasan munasabah, langkah pentadbiran dan teknikal bagi melindungi maklumat peribadi anda daripada kehilangan, kecurian, salahguna, pindaan, akses tanpa izin, dan kemusnahan.
Penyimpanan Maklumat Peribadi Anda
Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh masa yang diperlukan bagi memenuhi Tujuan, kecuali tempoh masa penyimpanan lebih lama dibenarkan atau dituntut undang-undang dan/atau apabila dituntut oleh dasar kami yang berkaitan.
Hak Untuk Akses dan Pembetulan; dan Hak untuk Penarikan Balik Persetujuan
Anda bertanggungjawab memastikan maklumat peribadi yang anda berikan tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan.
Anda boleh:
memohon akses kepada dan/atau membuat pembetulan terhadap maklumat peribadi anda menarik balik persetujuan yang telah anda berikan sebelum ini merujuk kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan promosi/pemasaran produk dan perkhidmatan kami dan Syarikat kami;
membuat pertanyaan atau menfailkan aduan berkaitan penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami; dengan menghubungi kami di nombor telefon dan alamat emel yang tertera di bawah:
Nombor telefon : 603-26381016
Alamat emel : enquiry@rcbcare.my
Selaras dengan Akta Perlindungan Maklumat Peribadi 2010: Kami boleh mengenakan fi yang ditetapkan bagi pemprosesan permohonan untuk mengakses dan/atau membetulkan maklumat peribadi anda;
(a) Kami berhak menolak kelulusan permohonan untuk mengakses dan/atau membetulkan maklumat peribadi anda, dengan memaklumkan kepada anda sebab keengganan itu.
Maklumat Peribadi Pihak Ketiga
Sekiranya anda memberikan kami maklumat peribadi pihak ketiga, anda bagi pihak mereka, harus: memperoleh kebenaran daripada pihak ketiga untuk mendedahkan maklumat peribadi kepada kami, dan untuk pemprosesan maklumat tersebut oleh pihak kami;
menyediakan dengan segera bukti kebenaran daripada pihak ketiga tersebut sekiranya diminta; memastikan maklumat peribadi pihak ketiga adalah tepat, lengkap dan terkini; dan
mengemaskini kami dengan segera sekiranya terdapat perubahan terhadap maklumat peribadi pihak ketiga tersebut.
Pautan ke Laman Lain
Kami mungkin menyediakan pautan ke laman-laman lain. Namun, sekiranya anda mengakses laman tersebut, harus diingatkan bahawa kami tidak mempunyai kuasa kawalan terhadap laman itu. Sehubungan itu, kami tidak bertanggungjawab terhadap prosedur, kandungan dan praktis pengendalian maklumat di laman itu. Anda dengan ini, bersetuju bahawa akses anda dan pendedahan maklumat peribadi anda di laman tersebut adalah tanggungan risiko anda. Kami menggalakkan anda untuk meneliti pernyataan privasi di laman berkenaan, supaya anda memahami cara laman tersebut mengumpul, menggunakan dan berkongsi maklumat anda.
Pindaan Pada Dasar Privasi
Kami berhak untuk mengemaskini dan membuat pindaan Dasar Privasi pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa. Dasar Privasi kemas kini akan dimuat naik di laman kami. Anda dinasihatkan untuk kerap melayar laman kami dan meninjau Dasar Privasi bagi memastikan anda sentiasa mendapat Dasar Privasi kemas kini. Sekiranya anda terus menerus menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami selepas Dasar Privasi kemas kini dimuat naik, anda dianggap sebagai bersetuju dengan Dasar Privasi kemas kini.